VIDEO: Penjaga Gol Terima Kad Merah Kerah Selamat Dua Penalti, Lawan Tetap Gagal Kali Ke-3

Penjaga gol dari Turki, Ersin Aydin pasti tidak akan melupakan perlawanan ini, apabila Usakpor menewaskan Ergene Velimese dalam perlawanan divisyen ketiga Liga Turki.

Perlawanan tersebut berlangsung pada tengah hari Ahad yang lalu.

Penjaga gol Usakpor itu menyelamatkan dua sepakan penalti, sebelum dilayangkan kad merah dalam perlawanan menentang Ergene Velimese itu.

Lebih luar biasa, pengganti kepada beliau di hadapan gawang Usakpor, Levent Aktung turut berjaya menafikan percubaan penalti pemain lawan dalam aksi penuh mendebarkan.

Dalam perlawanan tersebut, Kadir Ari telah memberikan pendahuluan 2-0 kepada Usakspor, sebelum insiden yang menimbulkan kekecohan tersebut timbul.

Velimese telah diberikan penalti pada minit ke-90 perlawanan.

Sepakan tersebut diselamatkan oleh Aydin, namun beliau dilayangkan kad kuning kerana pengadil berpendapat beliau telah melewati garisan gol sebelum sepakan diambil.

Keputusan itu juga bermakna, Velimese dibenarkan untuk mengambil sepakan ulangan. Aydin sekali lagi berjaya menafikan sepakan pemain lawan.

Sekali lagi, pengadil memberikan layangan kad kuning atas kesalahan yang sama. Layangan kali kedua itu turut bermakna Aydin turut menerima arahan keluar padang.

Aydin dan rakan sepasukan yang lain tidak berpuas hati dan mengerumuni pengadil perlawanan yang dianggap mengambil keputusan yang agak kontroversi.

Masalah USakpor ialah, pasukan tersebut tidak mempunyai penjaga gol simpanan. Tanpa sebarang pilihan, jurulatih terpaksa memanggil pemain pertahanan, Aktung untuk menjadi penjaga gol.

Sekali lagi, Velimese dibenarkan mengambil sepakan penalti – kali ini merupakan sepakan ketiga.

Sungguh luar biasa sekali, Aktung dengan mudah turut menyelamatkan sepakan tersebut. Kali ini tiada lagi bantahan dari pengadil, dan Usakpor berjaya mempertahankan kelebihan mereka tanpa dibolosi,

Kemenangan tersebut turut memberikan kelebihan tiga mata ke atas Velimese yang menduduki tangga ke-12 Lig 2 TFF itu.

Insiden di Turki ini memberi ingatan kepada apa yang berlaku di Kejohanan Eropah Bawah 17 Tahun pada tahun lalu.

Ireland disingkirkan oleh Belanda melalui penentuan sepakan penalti.

Jimmy Corcoran dilayangkan kad merah kerana keluar dari garisan gol ketika menyelamatkan sepakan pemain Belanda.

Bezanya pemain gantian selepas itu, yang juga merupakan pemain pertahanan gagal menyelamatkan sepakan ulangan untuk Belanda layak dengan menyingkirkan Ireland 5-4 melalui penentuan sepakan penalti.

Source link
VIDEO: Penjaga Gol Terima Kad Merah Kerah Selamat Dua Penalti, Lawan Tetap Gagal Kali Ke-3

Add a Comment

Your email address will not be published.