VIDEO: Proton Iriz R5, Model Kebanggaan Negara Di Acara Rali Dunia

Penglibatan kereta nasional negara, Proton di acara rali bukan perkara baharu.

Proton Satria Neo S2000 di FIA World Rally Championship (2012), Proton Wira 4WD (Proton PERT Evo II) di International Rally Championship (1997), dan Proton PERT Evo VII di WRC 4 (2004) adalah antara jentera Proton yang pernah menempa nama di kejohanan-kejohanan rali dunia.

Antara pemandu kelahiran Malaysia yang pernah mencipta nama di sukan ini pula semestinya adalah Karamjit Singh.

Beliau pernah digelar sebagai ‘The Flying Sikh’ ketika masih aktif bergelar pemandu profesional rali negara satu ketika dahulu.

Selepas lama menyepi dari arena rali, akhirnya kini Proton tampil kembali. Kali ini model Proton Iriz dibangunkan untuk tujuan tersebut.

Digelar Proton Iriz R5, jentera dari Proton ini dibina oleh Mellors Elliot Motorsports (MEM) yang berpengkalan di United Kingdom.

Pada November lalu, menggunakan model Proton Iriz R5, pemandunya, Oliver Mellors kali ini berjaya muncul juara Malton Forest Rally 2019.

Dalam acara tersebut, Oliver Mellors berjaya mencatatkan masa terpantas perlumbaan untuk kesemua SS yang disediakan, dan secara keseluruhan meninggalkan Charles Payne yang memandu Ford Fiesta RS WRC di tempat kedua dengan kelebihan 31 saat.

Bukannya mudah membangunkan sesebuah jentera untul rali. MEM dikatakan mula membangunkan Proton Iriz R5 ini sejak tahun 2016.

Jentera tersebut memiliki enjin petrol turbo 4B11T dari Mitsubishi Lancer Evolution X yang telah diturunkan kapasitinya dari 2.0 liter kepada 1.6 liter.

Penurunan kapasiti enjin bertujuan membolehkan ia diiktiraf dalam kategori R5 dan turut mengginakan transmisi dari Xtrac serta juga sistem pacuan semua roda.

Jentera ini turut menggunakan suspensi penyerap hentak dari Reiger dan sistem brek dari Brembo. Manakala kawalan elektronik Proton Iris R5 ini pula menerima peralatan dari Cosworth.

Proton Iriz R5 ini juga boleh mengambil bahagian dalam mana-mana pusingan Kejohanan Rali Dunia (WRC) dalam kategori WRC2 selepas menerima homologasi penuh dari FIA pada Mac lalu.

Jika anda ingin merasakan sendiri pengalaman memandu jentera ini secara simulasi permainan video, dapatkan video permaianan WR8 uang kini sudah berada di pasaran.

Ayuh saksikan aksi Proton Iriz R5 yang muncul juara Malton Forest Rally 2019!

Source link
VIDEO: Proton Iriz R5, Model Kebanggaan Negara Di Acara Rali Dunia

Add a Comment

Your email address will not be published.