VIDEO: Revival Vinicius Di Real, Dan Aksi Mudah Bintang Brazil Ini Pecahkan Pertahanan Atletico

Vinicius Junior kini bolehlah dianggap sebagai pemain penting di dalam kesebelasan utama Real Madrid di bawah kendalian Zinedine Zidane.

“Ia sentiasa istimewa untuk menang dalam perlawanan derbi.” Itu adalah kata-kata pemain berusia 19 tahun dari Brazil, Vinicius Junior selepas Real Madrid menang 1-0 ke atas seteru setempat Atletico Madrid pada hujung minggu lalu.

Sebelum ini ramai yang skeptikal akan kemampuan bakat istimewa ini di Santiago Bernabeu.

Bukan sahaja beliau perlu bersaing dengan pemain-pemain senior yang lain, malah kecenderungan Real Madrid di bawah kendalian Zinedine Zidane untuk memberi lebih banyak peluang kepada pemain muda turut menjadi persoalan.

Malah terdapat tanggapan kelab sebesar Real Madrid yang terkenal dengan polisi pembelian pemain bertaraf bintang atau Galaticos bukanlah platform yang baik untuk pemain mudah seperti Vinicius.

Dinilai dengan jaringan

Dalam perlawanan menentang Real Zaragoza sebelum ini, Vinicius menampilkan  ketenangan untuk menjaringkan gol, sekali gus membantu Real menang 4-0.

Jaringan tersebut adalah gol ketiga beliau pada musim ini, setelah kali terakhir berjaya meletakkan diri dalam senarai penjaring pada 11 Disember menentang Club Brugge.

Zico berpandangan pemain ini ada masalah melakukan percubaan gol dengan ‘instep’. Dan Zico ingatkan Vinicius jangan jadi macam Diego Costa.

Posted by Semuanya BOLA on Wednesday, 1 August 2018

Apabila beraksi sebagai pemain di posisi menyerang dalam pasukan seperti Real Madrid, anda akan sentiasa dinilai dengan jumlah jaringan yang telah dihasilkan.

Ketenangan Vinicius menyempurnakan gol dalam perlawanan menentang Zaragoza itu adalah hasil kerja keras pemain ini di padang latihan.

Malah ketika pra musim, Vinicius sedar beliau perlu meningkatkan ratio jaringan untuk memastikan dirinya terus mendapat perhatian dari Zidane.

Sokongan dari Zidane

Secara keseluruhan Vinicius telah menjaringkan tujuh gol dari 51 perlawanan untuk Real Madrid. Sepanjang tempoh itu, beliau telah merekodkan 45 percubaan tepat untuk menghasilkan ratio 15.5% kadar jaringan.

Kerana itu setiap kali selepas sesi latihan, ia adalah perkara biasa bagi Vinicius untuk kekal meneruskan latihan tambahan.

Vinicius melihat Zinedine Zidane sebagai pengurus yang memberikan peluang buat semua pemainnya.

Posted by Semuanya BOLA on Monday, 15 April 2019

Lebih menarik, latihan tersebut dipantau sendiri oleh Zidane. Perkara sebegini bukan baharu buat Zidane.

Pada era Carlo Ancelotti, Zidane bertanggungjawab bekerja bersama Jese Rodriguez meningkatkan keupayaan di hadapan gawang.

Jese dan Vinicius mempunyai persamaan. Kedua-duanya adalah pemain sayap yang memiliki kepantasan untuk menewaskan lawan.

Kebolehan menjaringkan gol kepada skill sedia ada adalah perkara yang diperlukan untuk membawa permainan mereka ke tahap seterusnya. Malang sekali karier Jese lebih banyak berkisar kepada kecederaan.

Kekuatan Vinicius

Tidak dinafikan kekuatan utama Vinicius di atas padang sehingga mampu menarik perhatian Zidane adalah skill individu dan kepantasan yang dimiliki pemain ini untuk menewaskan pemain pertahanan lawan.

Sehingga kini, Vinicius telah terlibat dalam sembilan gol – termasuk enam assist.

Kelibat Vinicius sentiasa mencuri tumpuan pemain pertahanan lawan. Perhatikan video seperti di bawah.

Dalam perlawanan menentang Atletico Madrid ini misalnya, Vinicius berjaya mengumpan sehingga tiga pemain lawan, dengan memperlahankan larian.

Situasi ini memberikan lebih banyak ruang untuk Mendy melakukan larian sebelum melakukan hantaran yang disempurnakan oleh Karem Benzema.

Ia tampak mudah. Tetapi sekali lagi, sebenarnya ianya adalah ketenangan dan kebijaksanaan Vinicius yang membantu dirinya menjadikan situasi tersebut.

Rumusan

Bagi pemain kelahiran Brazil seperti Vinicius, Real Madrid adalah kelab terbaik untuk mana-mana pemain yang mahu mencipta nama untuk digelar sebagai bintang bola sepak.

Ini tidak menghairankan selepas deretan bintang Brazil yang pernah menyarung jersi putih kelab tersebut seperti Ronaldo, Kaka atau Roberto Carlos telah membuktikan kredibiliti masing-masing.

Begitu juga pemain seperti Casemiro dan Marcelo – dua pemain Brazil yang meneruskan legasi samba di ibu kota Sepanyol itu.

Pada usia muda, tidak semua pemain akan mendapat peluang membuktikan diri seperti di Real Madrid.

Malah pemain-pemain yang sememangnya sudah terlebih dahulu membuktikan diri di tempat lain turut pernah gagal di Bernabeu.

Kini terpulang kepada Zidane untuk membangunkan bakat muda dari Brazil ini.

Vinicius Junior mungkin jawapan kepada Real Madrid dalam membentuk dominasi baharu di La Liga dan Eropah pada masa akan datang.

 

Source link
VIDEO: Revival Vinicius Di Real, Dan Aksi Mudah Bintang Brazil Ini Pecahkan Pertahanan Atletico

Add a Comment

Your email address will not be published.