VIDEO: Saksikan Nutmeg & Rabona Oleh Kapten Termuda Liverpool, Curtis Jones VS Shrewsbury

Ia adalah perlawanan yang amat bersejarah buat Curtis Jones, apabila pada usia 19 tahun tampil sebagai kapten termuda dalam sejarah kelab Merseyside itu.

Curtis mempunyai misi besar dalam perlawanan ini, iaitu memimpin rakan sepasukan untuk menewaskan Shrewsbury di Anfield demi memastikan kemaraan ke pusingan kelima Piala FA.

Lebih manis, penampilan sebagai kapten ini dilakukan di arena keramat milik kelab Merseyside itu, Anfield.

Ternyata kemampuan Jones sebagai bakal bintang masa depan Liverpool menyinar di dalam perlawanan ini dengan skil luar biasa yang mengujakan penyokong sendiri.

Dihimpit ke arah sudut tepi, pemain tengah yang sudah menghasilkan dua gol di pertandingan ini setakat ini melakukan nutmeg ke atas pemain pertahanan Shrewsbury dengan satu gerakan menarik.

Iu bukan satu-satunya perkara menarik yang dilakukan oleh Jones dalam perlawanan ini.

Beliau turut menghasilkan hantaran lintang dengan kaedah rabona. Ia seolah-olah Anfield seperti taman permainan buat Jones.

Di pusingan ketiga menentang Everton di pusingan ketiga yag lalu, Jones menjaringkan gol tunggal perlawanan yang memastikan kemaraan Liverpool.

“Saya sentiasa impikan banyak perkara tetapi ini ibarat mendahului segala mimpi-mimpi itu,” kata Jones kepada The Guardian.

“Saya tidak tahu bagaimana menjelaskan perasaan saya.

“Terdapat ramai pemain berkelas dunia dalam pasukan ini, tetapi saya hanya mahu menampilkan apa yang saya boleh lakukan.

“Ada masanya ia amat mengecewakan bila anda memikirkan anda akan dapat peluang, namun akhirnya hanya memanaskan bangku pemain simpanan.”

Pengurus Liverpool, Jurgen Klopp percata Jones mampu menjadi pemain utama satu hari nanti.

“Beliau [Jones] pemain yang menakjubkan,” komen Klopp.

“Seorang scouser, sangat yakin, dan saya tidak sabar melihat beliau beraksi di pasukan utama. Beliau telah mengambil langkah yang besar.

“Beliau akan menjadi pemain utama Liverpool jika tiada perkara luar biasa berlaku. 100% yakin.”

Berdasarkan apa yang dikatakan oleh Klopp, tampaknya Liverpool bakal memiliki seorang lagi permata berharga seperti Trent Alexander-Arnold.

 

 

Source link
VIDEO: Saksikan Nutmeg & Rabona Oleh Kapten Termuda Liverpool, Curtis Jones VS Shrewsbury

Add a Comment

Your email address will not be published.