VIDEO: San Siro Penuh Emosi Detik Milan Beri Tribute Kepada Kobe Bryant

San Siro penuh dengan emosi detik AC Milan memberikan penghargaan dan tribute kepada legenda bola keranjang NBA, Kobe Bryant.

Pemain AC Milan dan Torino menggunakan lilitan hitam di keliling lengan, sebagai memperingati Bryant dalam perlawanan suku ahkir Piala Itali pada malam tadi.

Bryant terkorban dalam nahas helikopter pada Ahad lalu pada usia 41 tahun. Beliau pernah menetap di Milan pada zaman kanak-kanaknya dan merupakan seorang penyokong Milan.

Klip video turut dimainkan di layar gergasi di San Siro sebelum sepak mula, memaparkan gambar dan video Bryant bersama anak perempuannya berusia 13 tahun, Gianna.

Gianna adalah salah seorang dari lapan mangsa lain nahas helikoter tersebut.

Kedua-dua kumpulan penyokong yang hadir di San Siro turut berdiri dan memberikan tepukan gemuruh pada minit ke-24 perlawanan.

Ia adalah simbolik kepada jersi No.24 yang sinonim dengan Bryant sepanjang karier gilang gemilang di NBA sehingga merangkul lima kejuaraan.

Bekas bintang Los Angeles Galaxy, Zlatan Ibrahimovic turut menjaringkan gol pertamanya sejak kembali ke San Siro sejak 2012, untuk membantu Milan mara ke separuh akhir.

Giacomo Bonaventura memberikan pasukan tuan rumah pendahuluan yang diperlukan.

Namun Milan kemudiannya ditakutkan oleh Milan dengan dua gol Torino melalui pemain pertahanan Brazil, Bremer.

Hakan Calhanoglu muncul wira mencetuskan kebangkitan Milan pada minit akhir perlawanan, sebelum mengheret perlawanan ke masa kecederaan untuk kemenangan 4-2.

 

Source link
VIDEO: San Siro Penuh Emosi Detik Milan Beri Tribute Kepada Kobe Bryant

Add a Comment

Your email address will not be published.