(Video) 'Saya tak menyesal, tapi puas' – Remaja bunuh budak 6 tahun selepas terpengaruh dengan filem seram


Seorang remaja perempuan berusia 15 tahun menyerah diri kepada polis dan mengaku telah membunuh rakannya berusia 6 tahun di kawasan Sawah Besar, Jakarta Pusat. Suspek mengaku dia tidak menyesal membunuh kanak-kanak itu.
Suspek yang sepatutnya pergi ke sekolah pada pagi Jumaat lalu, datang menyerah diri di balai selepas melakukan pembunuhan itu.
“Suspek secara sedar mengaku telah membunuh dan mengatakan dia tidak menyesal serta berasa puas,” kata Ketua Polis Jakarta Pusat, Heru Novianto.
“Kami bertanya bagaimana perasaan dia selepas kejadian itu, dia kata ‘Saya puas’,”.
Siasatan awal mendapati, kejadian itu berlaku ketika mangsa bermain di rumah suspek pada Khamis 5 Mac 2020. Sebelum itu, suspek sempat meminta mangsa mengambil makanan di dalam bilik mandi. Di kesempatan itu, suspek melakukan pembunuhan tersebut sehingga mangsa tidak lagi bernyawa.

Menurut Heru, suspek pada mulanya hendak membuang mayat mangsa tetapi disebabkan tidak berdaya, suspek membatalkan niatnya itu dan menyimpan mayat mangsa di dalam almari.

Suspek menjelaskan dia melakukan jenayah itu selepas terpengaruh dengan filem yang pernah ditontonnya setahun lalu. Tetapi polis masih menyiasat pengakuannya itu yang diklasifikasikan sebagai ‘unik’.

Pemeriksaan di tempat tinggal suspek juga menemui ‘buku diari’ suspek yang terkandung banyak luahan kesedihan hati dalam bahasa inggeris , antaranya:

“Dad, don’t make me mad”
“Keep calm and give me torture”

Polis juga memanggil pakar psikiatri untuk memeriksa keadaan suspek. Bahan-bahan bukti itu kemudian dirampas dan diberikan kepada pakar psikiatri untuk dikaji.

Selain itu, suspek mengaku sudah banyak kali dia berhasrat untuk membunuh tetapi perasaan itu masih dapat ditahan sehinggalah pada Khamis lalu.

“Dia biasa bermain dengan binatang yang kemudian diperlakukan dengan kasar. Ada katak ditusuk dengan garpu. Kucing kesayangannya, dicampak ke lantai dari tingkat dua.

“Kami cuba mendalami buku diari suspek. Di dalamnya terdapat salah satu karekter kegemarannya, Slender Man, watak dalam filem hohor mengenai penculikan remaja.

“Berdasarkan pengakuan suspek, dia juga suka menonton filem horor, salah satunya filem Chucky.
Sehingga kini, suspek masih lagi menjalani ujian psikiatri bagi menentukan sama ada suspek mengalami gangguan jiwa atau sebaliknya.

IBU MANGSA

Ibu bapa dinasihatkan sentiasa mengawal aktiviti anak masing-masing. Elakkan dari membiarkan mereka menonton filem atau cerita yang tidak bersesuaian dengan umur. Selain itu, kerap ambil tahu perkembangan anak dan jangan sesekali mengabaikan mereka yang memerlukan kasih sayang ibu bapa.
Sumber: CNN Indonesia



Source link

Add a Comment

Your email address will not be published.