VIDEO: Sergio Ramos, No.4 Yang Beroperasi Seperti No.9

Sergio Ramos, No.4 Yang Beroperasi Seperti No.9. Demikian tajuk artikel ini untuk menggambarkan seorang goal-scorring center back.

Bagi anda yang sudah biasa dengan nombor taktikal di dalam bola sepak, anda tidak perlu lagi dijelaskan degan makna di sebalik tajuk di atas.

No. 4 adalah untuk seorang pemain pertahanan tengah. No.9 pula adalah untuk pemain penyerang paling hadapan.

Sergio Ramos telah melalui musim-musim terbaik beliau di dalam karier sebagai goal-scoring center back.

Ramos adalah seorang pemain yang boleh menjaringkan gol dengan banyak disiplin. Beliau juga boleh megambil sepakan percuma terus atau pun sepakan penalti untuk pasukannya..

Musim 2016/17 adalah pertama kali Sergio Ramos mencecah 2 digit dalam jumlah jaringan semusim. Statistik jaringan tersebut berdasarkan semua pertandingan yang dilalui sepanjang musim.

Ramos adalah pemain pertahanan dengan jaringan terbanyak di kalangan lima liga utama di Eropah sejak 10 tahun yang lalu. Sehingga kini, 41 gol telah dijaringkan di La Liga.

Tidak ada pemain lain yang boleh menandingi jumlah tersebut setakat ini. Naldo dan Leighton Baines setakat ini telah mencetak 27 gol peribadi.

Jaringan yang dihasilkan melalui kepala menyebabkan Ramos dikenali sebagai pemain No.4 yang beroperasi sebagai No.9.

58% daripada tandukan Ramos di hadapan gawang lawan diterjemahkan kepada gol di La Liga. Ramos sudah menghasilkan 61 gol dari 115 tandukan jika perlawanan kompetitif bersama Sepanyol turut diambil kira.

Daripada enam jaringan untuk Real Madrid pada musim ini, tiga daripadanya adalah dari tandukan, dan tiga lagi dari sepakan penalti.

Penalti juga adalah satu lagi kepakaran pemain ini.

Satu lagi fakta luar biasa Ramos bersama Madrid pada musim ini adalah beliau kini merupakan penjaring ketiga tertinggi Real Madrid pada musim ini.

Beliau telah tampil dalam 440 perlawanan untuk Los Blancos. Rekodnya, 295 adalah kemenangan, 70 perlawanan berakhir dengan seri, dan baki 74 adalah kekalahan.

Oh ya. Secara keseluruah, Ramos kini telah menjaringkan 90 gol dalam semua perlawanan kompetitif di semua pertandingan sepanjang karier profesionalnya.

Ia adalah satu rekod yang sangat unggul bagi seorang pemain pertahanan. Saksikan juga klip video di bawah yang merupakan antara detik terbaik Ramos bersama Madrid.

 

Source link
VIDEO: Sergio Ramos, No.4 Yang Beroperasi Seperti No.9

Add a Comment

Your email address will not be published.