VIDEO: Sony Bill Williams Perjelas Bagaimana Islam Menjadikan Beliau Atlet Lebih Baik

Sony Bill Williams adalah pemenang Piala Dunia Ragbi bersasma All Blacks, dan mengumumkan pengunduran dari pertandingan antarabangsa bersama negaranya selepas tamat saingan di Jepun tempoh hari.

Dianggap sebagai salah seorang atlet paling berdisiplin di dalam dunia sukan, Williams pernah memenangi pelbagai pertandingan di peringkat liga, pertandingan kesatuan ragbi (Union Rugby) dan turut menang kesemua tujuh perlawanan tinju heavyweight yang pernah disertainya.

Hari ini Williams dinilai sebagai pemain ragbi terkaya dunia selepas menandatangani perjanjian selama dua tahun bersama Toronto untuk beraksi di saingan liga 13 sebelah.

Perjanjian tersebut dikatakan bernilau tidak kurang dari USD$ 10 juta untuk tempoh tersebut.

Williams sebelum ini turut berada di dalam senarai 500 Muslim paling berpengaruh di dunia; bersama-sama penyerang Liverpool dan Mesir, Mohamed Salah; pemain tengah Manchester United, Paul Pogba; dan atlete UFC, Khabib Nurmagomedov.

“Seiring berjalannya waktu apabila saya menjadi lebih yakin sebagai seorang individu, sebagai seorang lelaki seperti pada hari ini, saya fikir masyarakat pada hari ini kita telah diajar untuk berasa malu kerana Islam.

“Malu kerana beberapa epal buruk yang berada di luar sana,” ujar beliau dalam satu temubual bersama CNN.

“Saya bukan seorang ahli politik, tetapi saya hanya melakukan apa yang saya rasa betul dan saya amar bersyukur dan diberkati kerana sukan membenarkan saya untuk berkongsi lebih banyak perkara positif kepada dunia.”

Williams turut popular kerana memberikan medal Piala Dunia beliau kepada seorang penyokong yang menceroboh padang semata-mata untuk memeluk beliau.

Penyokong tersebut sebelum itu dihalang dengan keras oleh pegawai keselamatan yang bertugas ketika kejohanan.

Williams mengakhiri karier bersama All Blacks sebagai pemenang tempat ke-3 Piala Dunia pada tahun ini, memperolehi 13 percubaan dari 58 penampilan keseluruhan untuk negaranya.

Hari ini Williams sedang sibuk melakukan persiapan untuk cabaran Super League bersama Toronto Wolfpack.

Toronto Wolfpack baru sahaja dinaikkan ke Super League yang kebanyakkannya adalah pasukan Inggeris. Perlawanan pertama Williams bersama Toronto ialah menentang Castleford pada 2 Februari tahun hadapan.

Saksikan video perkongsian Williams kepada CNN bagaimana Islam menjadikan beliau seorang atlet yang lebih baik melalui pautan di bawah.

Source link
VIDEO: Sony Bill Williams Perjelas Bagaimana Islam Menjadikan Beliau Atlet Lebih Baik

Add a Comment

Your email address will not be published.