VIDEO: Trailer Khas Youtuber Untuk McGregor vs Cerrone Di UFC 246

Banyak yang diperkatakan mengenai kepulangan Conor McGregor ke gelanggang pertarungan.

McGregor mencipta nama sebagai petarung yang menjadi bintang dan kini dilihat sebagai budak poster UFC.

Beliau terus dianggap seperti budak emas UFC, dan meletakkan pertandingan itu kembali ke dalam peta pertandingan seni mempertahankan diri dunia.

Sebelum itu, UFC dan McGregor seolah-olah dibayangi oleh tinju dengan nama-nama besar seperti Anthony Joshua, Tyson Fury dan Deontay Wilder.

Bagi peminat McGregor, persediaan sebelum pertarungan oleh beliau dilihat sentiasa berapi. Tahap keyakinan beliau dikagumi. Kemampuan McGregor turut tidak dipersoalkan.

Sehinggalah selepas kekalahan konroversi beliau kepada seteru Khabib Nurmagomedov.

Sejak kekalahan kepada Khabib, McGregor tidak turun lagi ke gelanggang. Kisah beliau dihiasi dengan insiden-insiden yang hanya mencalarkan kredibiliti dan legasi yang beliau cuba bina.

Semua itu kini seperti sudah berada di belakang beliau. McGregor dilihat sudah bersedia untuk kembali. Untuk berlawan, dan menghiburkan ramai peminat sukan tempur.

Lawan seterusnya ialah Donald Cerrone di UFC246 pada 18 Januari hadapan.

Perlawanan tersebut akan diadakan di T-Mobile Arena di Las Vegas.

Walaupun tewas dalam dua perlawanan sebelum ini, Cerrone memiliki jumlah kemenangan profesional paling banyak di dalam organisasi, membuktikan keupayaan yang dimilikinya.

Semua ini membuatkan permulaan tahun baru UFC yang dinanti-nantikan oleh semua pihak. Atau mungkinkah anda perlu menyaksikan trailer yang disediakan oleh Youtuber ini untuk merasakan kehangatan pertarungan tersebut.

Trailer ini disediakan oleh Youtuber yang bernama Youssedd Hannoun, dan berjudul ‘Legenda’. Ia mengandungi setiap unsur yang diperlukan perlawanan ini.

Berdurasi 1 minit 36 saat, ia memberikan gambaran pertarungan ini dari segi sejarah pertemuan, kegagalan lalu, dan legasi kedua-dua peninju.

 

 

Source link
VIDEO: Trailer Khas Youtuber Untuk McGregor vs Cerrone Di UFC 246

Add a Comment

Your email address will not be published.