VIDEO: Wonder Kid €35 Juta Dari Flamengo Yang Disamakan Dengan Kaka

Pada tengah malam tadi Real Madrid telah mengumumkan ketibaan wonder kid dari Brazil berusia 18 tahun.

Reinier Jesus dari Flamengo telah sah menyertai Real Madrid dengan nilai perpindahan €35 juta. Pemain berusia 18 tahun itu terkenal dengan gelaran ‘Kaka baharu’, dilaporkan telah menandatangani kontrak sehingga 2026.

Bagaimanapun, Reinier dijangka akan menyertai skuad Castilla terlebih dahulu pada Januari ini.

Kumpulan pemain muda Brazil

Ketibaan Reinier turut mengikut jejak langkah Vinicius Junior dan Rodrygo – dua bintang muda dari Brazil yang memilih untuk menyertai Real Madrid.

Vinicius juga pernah beraksi bersama Flamengo sebelum menyertai Los Blancos.

Rodrygo pula tiba dari kelab yang pernah menghasilkan Neymar, Santos.

Ketiga-tiga pemain dijangka akan menjadi tunjang masa depan buat Real Madrid, yang tidak pernah putus memiliki pemain terbaik dari Brazil.

Modus operandi Real Madrid

Reinier telah sekian lama dikaitkan dengan perpindahan ke Real Madrid. Laporan dari Brazil mengatakan pemain tersebut menunggu sehingga usianya mencecah 18 tahun – dua hari lalu – untuk diberikan kontrak profesional.

Taktik serupa digunakan oleh Real Madrid untuk mendapatkan Vinicius Junior dan Rodrygo. Sejumlah pampasan atau bayaran sebenarnya telah dipersetujui sebelum pemain-pemain ini berusia 18 tahun.

Modus operandi sebegitu dipercayai untuk mengelakkan Real membayar dengan nilai yang tinggi selepas itu.

Di dalam kes Reneir misalnya, pemain remaja itu dikatakan bernilai sekitar €70 juta. Real berjaya mendapatkan pemain tersebut pada harga separuh dari nilai sebenar.

Rekod dan pencapaian

Dalam 14 penampilan keseluruhan bersama skuad senior Flamengo musim ini, Reinier tampil di dalam kesebelasan utama sebanyak lapan kali.

Untuk jumlah perlawanan tersebut, pemain tengah menyerang ini telah menjaringkan enam gol, selain turut telah menghasilkan dua bantuan gol.

Ia dianggap rekod yang amay baik bagi seorang pemain muda seperti Reinier.

Lebih dari itu, pemain ini turut telah berjaya bekas pasukannya, Flamengo bergelar juara liga dan Copa Libertadores pada musim lalu.

Reinier cuma tidak bernasib baik di Kejohanan Piala Kelab Dunia pada Disember lalu, apabila Flamengo tewas tipis kepada Liverpool di perlawanan akhir.

Malah dari 15 penampilan senior, Renier tidak pernah tewas. Sehingga kini, Renier dan Fkamengo merekodkan 14 kemenangan dan 1 seri sejak Reinier melukam debut.

Pemain remaja ini dijangka akan menyertai skuad B-23 Brazil di kejohanan Pra Olimpik sebelum terbang ke Madrid.

Saksikan pautan video aksi pemain ini yang kami sertakan. Apa pandangan anda mengenai corak permainan pemain muda ini?

 

Source link
VIDEO: Wonder Kid €35 Juta Dari Flamengo Yang Disamakan Dengan Kaka

Add a Comment

Your email address will not be published.