Video YouTube Rewind 2019 Dilancarkan – Menyenaraikan Video Dan Personaliti Tersohor Kini Sepanjang Tahun


Tahun 2019 akan berakhir dalam masa beberapa minggu sahaja lagi. Seperti biasa video YouTube Rewind akan diterbitkan bagi menunjukkan trend tontonan pengguna sepanjang tahun. Untuk YouTube Rewind 2019, YouTube melakukan kelainan berbanding tahun lalu selepas ia menjadi video yang paling tidak disukai dalam sejarah mereka.

YouTube Rewind 2019 memberikan tumpuan kembali kepada video-video, selebriti dan saluran yang paling terkini di seluruh dunia. Tiada lagi segmen yang memaparkan selebriti YouTube dengan jumlah pengikut tertinggi. Video paling turut dipaparkan dalam beberapa kategori popular. Antara yang dipaparkan ialah Atta Halilintar yang merupakan saluran pertama mempunyai 10 juta langganan di Indonesia.

Malang sekali tiada saluran dari Malaysia dipaparkan kerana masih belum mencecah angka keramat ini. Jadi jika anda ingin melihat video paling sohor kini sepanjang 2019, sila tonton video YouTube Rewind 2019.



Video YouTube Rewind 2019 Dilancarkan – Menyenaraikan Video Dan Personaliti Tersohor Kini Sepanjang Tahun

Add a Comment

Your email address will not be published.