'Virus (Covid-19) ini tak suka air panas' – Beri petua 'mitos', Menteri Kesihatan dikritik doktor & netizen


Gara-gara memberi petua minum air suam dapat menghalang virus Covid-19, Menteri Kesihatan Dr Adham Baba dikritik oleh pengamal perubatan dan netizen. 

Dalam program bual bicara TV1 petang semalam, Adham berkata amalan meminum air suam dapat menghalang virus Covid-19.

“Virus ini tak suka panas. Jangan (air) panas sangat lah. Virus ini akan dinyahkan, disingkir dan di perut. Kalau masuk perut ada asid, dia kalah. 

“Yang penting kita mesti singkirkan virus ini dari kerongkong sebelum dia boleh masuk ke paru-paru. Virus ini dia suka paru-paru bawah,” katanya sambil minum air. 

Sedangkan Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) pada 26 Februari lalu telah mengeluarkan kenyataan menolak mitos tersebut.

“Walaupun mengekalkan kandungan air dalam badan dengan minum air adalah penting untuk kesihatan keseluruhannya, namun ia tidak menghalang jangkitan koronavirus,” kata WHO Pasifik Barat. 

Sementara itu, Dr Amalina Bakri juga menegaskan kenyataan Menteri Kesihatan itu tidak boleh digunapakai. 



“Tidak kiralah di mana anda dengar tips ini walaupun di TV nasional, tips ini adalah mitos. Tips yang betul adalah jaga kebersihan, basuh tangan, jangan sentuh muka, amalkan batuk/bersin etiquette, duduk rumah dan amalkan social distancing 1 metre. 

“Just to be clear, heat about 60 degree celcius boleh inactivate virus di luar badan. Tapi bila sudah dalam badan kita, minum air panas tak akan melemahkan virus itu. 

“There’s also no evidence that acid in your stomach can kill the virus. Having said that, drinking water is good to keep you hydrated but it doesn’t inactivate the virus in anway,” katanya di Twitter. 

Netizen juga menggesa Menteri Kesihatan yang baharu ini meletak jawatan dari terus mengeluarkan kenyataan yang ‘merapu’. 











Source link

Add a Comment

Your email address will not be published.