Wayne Rooney Sayangkan Manchester United, Tetapi Mahu Lakukan Kejutan Bersama Derby

Wayne Rooney mengakui dirinya sentiasa sayang akan Manchester United, namun kini sasaran beliau ialah untuk melakukan kejutan bersama Derby County.

Pemegang rekod dengan jumlah jaringan terbanyak sepanjang zaman Manchester United itu adalah kapten yang akan mengetuai barisan pemain Derby menentang United di pusingan kelima Piala FA pada awal pagi Jumaat nanti.

Rooney yang kini berusia 34 tahun telah menjaringkan 253 gol dari 559 perlawanan untuk United dari 2004 sehingga 2017, selepas menyertai kelab Manchester itu dengan nilai £27 daripada Everton.

Dan Rooney juga sudah tidak sabar berhadapan bekas rakan sepasukannya di kelab tersebut, selepas kali terakhir berbuat demikian, Rooney tewas kedua-dua perlawanan ketika bersama Everton.

“Pada saya ia sentiasa perlawanan yang besar apabila beraksi bekas pasukan,” kata bekas kapten England itu.

“Mereka [Manchester United] adalah pilihan dalam perlawanan ini.

“Saya adalah kapten Everton ketika berhadapan mereka dan ia amat pelik apabila beraksi menentang bekas pasukan. Apatah lagi bila anda sudah lama berada di situ.

“Saya sayang kelab itu dan mahu melihat mereka berjaya.

“Tetapi untuk 90 minit ini, saya mahu kemenangan milik kami untuk cuba ke peringkat seterusnya.

“Saya pernah beraksi di Derby ketika bersama Manchester United d Piala FA, dan saya tahu maknanya bagi penyokong dan kakitangan di sini.

“Ia terpulang kepada kami sebagai pemain untuk memberikan yang terbaik untuk mendapatkan keputusan yang diinginkan.

“Ia adalah cabaran yang amat besar bagi kami menentang sebuah pasukan yang bagus.”

Rooney kini telah menjaringkan 4 gol daripada 14 penampilan bersama skuad kendalian Philip Cocu itu sejak meninggalkan DC United di MLS.

Sepajang tempoh bersama United, Rooney telah meraih kejuaraan EPL sebanyak lima kali, satu kejuaraan Liga Juara-Juara Eropah, Piala FA, dan tiga kejuaraan Plaia Liga.

“Tempoh saya bersama United amat hebat. Kami memenangi EPL, Champions League dan segala-galanya. Tetapi untuk memenangi Piala FA sebagai seorang kapten adalah satu penghormatan besar,” tambah beliau lagi.

 

Source link
Wayne Rooney Sayangkan Manchester United, Tetapi Mahu Lakukan Kejutan Bersama Derby

Add a Comment

Your email address will not be published.