WhatsApp Kini Mempunyai Lebih 2 Bilion Pengguna Aktif


WhatsApp merupakan salah satu aplikasi permesejan popular yang digunakan ramai diseluruh dunia. Walaupun terdapat beberapa alternatif lain, WhatsApp kekal menjadi medium komunikasi utama pada era telefon pintar masa kini.

Terbaru, WhatsApp mengumumkan yang mana mereka mempunyai lebih dua bilion pengguna aktif. Ini sekaligus memperlihatkan peningkatan sebanyak 500 juta pengguna berbanding dua tahun lepas.

Pada pengumuman pencapaian terbaru ini, WhatsApp turut menekankan kepada privasi, dan akan menawarkan sokongan penyulitan untuk mengelak komunikasi diakses pihak ketiga.

WhatsApp pada tahun ini turut dilihat akan memfokuskan kepada beberapa perkara, termasuk ciri WhatsApp Pay dibeberapa buah negara, selain integrasi katalog untuk memudahkan jual-beli.



WhatsApp Kini Mempunyai Lebih 2 Bilion Pengguna Aktif

Add a Comment

Your email address will not be published.