Xiaomi Menangguhkan Penjualan Peranti Konsep Mi Mix Alpha


Xiaomi sebelum ini telah membuat kejutan dengan memperlihatkan telefon pintar konsep mereka dengan penggunaan skrin hampir menyeluruh, iaitu Mi Mix Alpha.

Ia diperkenalkan dalam bentuk konsep, tetapi seperti beberapa peranti konsep Xiaomi sebelum ini, ia turut disasarkan untuk dijual dalam kuantiti terhad kepada pengguna.

Mi Mix Alpha ini menggunakan rekaan skrin menyeluruh dibahagian hadapan dan tepi, selain hampir menutup penuh pada bahagian belakang. Ia turut dilengkapi dengan kamera 108-megapixel dibelakang, menggunakan cip Snapdragon 855+, dan pengecas 40W.

Xiaomi sebelum ini telah menyatakan ia akan ditawarkan dalam kuantiti terhad pada Disember 2019 pada harga 19,999 Yuan, iaitu sekitar RM11,769. Namun, kini ia ditangguhkan sementara – berkemungkinan kerana kesukaran teknikal dalam penghasilan peranti berkenaan.



Xiaomi Menangguhkan Penjualan Peranti Konsep Mi Mix Alpha

Add a Comment

Your email address will not be published.