Xiaomi MORROR ART – Pembesar Suara Dengan Skin LCD Lutsinar Memaparkan Lirik Lagu


Mendengar lagu kegemaran lebih menarik sekiranya kita turun menyanyi sekali. Proses ini boleh dipermudahkan jika pembesar suara hadir dengan skrin yang boleh memaparkan lirik. Xiaomi MORROR ART ialah sebuah speaker bluetooth yang hadir dengan tubuh yang diperbuat daripada skrin LCD lutsinar yang boleh memaparkan lirik lagu yang sedang didengari.

Skrin sebesar 21.5-inci ini menyokong resolusi HD penuh dengan tubuh diperbuat daripada aluminium. Dua pemandu audio sebesar 100mm mempunyai kuasa 100W. Terdapat beberapa pratetapan audio terbina bagi memberikan pengalaman mendengar muzik yang baik.

Sebelum ini Xiaomi MORROR ART ditawarkan hanya menerusi laman biayasama mereka tetapi kini dijual kepada umum pada harga RMB 3,799 (~RM2383) sebuah. Harga yang agak mahal bagi sebuah pembesar suara stereo tetapi pembesar COTODAMA Lyric Speaker yang mempunyai fungsi yang sama ditawarkan pada harga $4500 (~RM20,000) sebuah tiga tahun lalu.



Xiaomi MORROR ART – Pembesar Suara Dengan Skin LCD Lutsinar Memaparkan Lirik Lagu

Add a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *