Xiaomi Mula Menghentikan Pembangunan MIUI 11 – Petanda MIUI 12 Semakin Hampir?


Petanda MIUI 12 akan hadir dalam masa terdekat sudah kedengaran sejak beberapa minggu lalu lagi. Ini kerana ada pengguna temui forum rasmi MIUI 12 dan tidak boleh diakses kerana tiada kebenaran. Kini jelas dan pasti, Xiaomi akan hadir dengan MIUI 12 lebih awal (mungkin).

Ini kerana pasukan pembangunan MIUI telah mengeluarkan kenyataan yang pembangunan MIUI 11 sudah dihentikan. Kenyataan ini hadir dalam log perubahan MIUI versi pembangunan 20.3.23. Jadi adakah ini petanda MIUI 12 semakin hampir? Mungkin hanya ujian secara dalaman sahaja atau masih lagi dalam pembangunan awal untuk para pembangun MIUI sahaja. Jadi tidak pasti jika MIUI 12 akan hadir lebih awal dari biasa. Jika ujian Android 11 hadir lebih awal dari biasa, kenapa tidak MIUI 12?

Kemudian, sedikit berita menyedihkan bagi pengguna Xiaomi Mi 9 Pro, Mi 10, Mi 10 Pro (set import) dan Redmi Note 8 – pembangunan MIUI 11 ditangguhkan buat seketika. Ia dikatakan masih belum habis diuji dan mungkin terpaksa ditangguhkan kerana wabak koronavirus ini.

Apa-apa pun, terus ikuti kami di Amanz untuk maklumat lanjut mengenai perkara ini.



Xiaomi Mula Menghentikan Pembangunan MIUI 11 – Petanda MIUI 12 Semakin Hampir?

Add a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *