Xiaomi Mula Menyertakan Aplikasi Google Phone Dan Messages Sebagai Ganti Aplikasi MIUI Sebelum Ini


Xiaomi sebelum ini sedia menyertakan pelbagai aplikasi terbina melalui MIUI yang menawarkan ciri-ciri alternatif untuk penawaran pihak Google. Antaranya adalah termasuk sokongan MIUI Dialer dan juga Messaging.

Bergerak kehadapan, kini Xiaomi mengumumkan yang mana mereka akan menggantikan penawaran berkenaan dengan aplikasi Google Phone dan Google Messages secara terbina.

Langkah ini dikatakan adalah selari dengan perundangan privasi, selain mana penggunaan Google Mobile Services pada peranti berkenaan.

Xiaomi mengatakan beberapa ciri-ciri mungkin tidak dapat digunakan buat sementara waktu ini, termasuk seperti rakaman panggilan dan sebagainya. Mereka mengatakan akan menyertakan kembali ciri berkenaan pada kemaskini akan datang.



Xiaomi Mula Menyertakan Aplikasi Google Phone Dan Messages Sebagai Ganti Aplikasi MIUI Sebelum Ini

Add a Comment

Your email address will not be published.