Xperia 1 & Xperia 5 Kini Menerima Kemaskini Android 10


Sony Xperia 1 & Xperia 5 adalah peranti terbaru dari Sony. Ia dijual di Malaysia pada harga yang agak mahal dan tidak setanding dengan peranti pesaing yang berada di pasaran. Jadi, peranti ini tidak mengambil perhatian begitu ramai orang. Ini tidak bermakna Sony akan lupakan peranti ini dan meninggalkannya begitu sahaja. November lepas, Sony telah umumkan kemaskini Android 10 bagi dua peranti ini. Minggu ini, kemaskini ini dilihat sudah mula diedarkan kepada pengguna.

Menurut sumber, kedua-dua peranti Xperia 1 dan Xperia 5 menerima kemaskini yang sama. Versi kemaskini yang diperlihatkan adalah 55.1.A.0.748. Kemaskini ini dilihat hadir bersama-sama dengan tampalan sekuriti November 2019 dan bukannya Disember. Bagi yang tidak tahu, sistem operasi yang Sony gunakan adalah yang tersendiri tetapi dengan antaramuka yang  menghampiri Android asli. Duka cita dimaklumkan yang kemaskini ini dikatakan membuatkan panggilan telefon bermasalah dan tidak boleh menggunakan data mudah alih.



Xperia 1 & Xperia 5 Kini Menerima Kemaskini Android 10

Add a Comment

Your email address will not be published.