Your Phone Kini Menyokong Ciri “Salin Dan Tampal” Rentas Platform Ke Windows 10 Pada Samsung Galaxy S20 Dan Galaxy Z Flip
| |
Kerjasama di antara Samsung dan Microsoft membawakan satu lagi fungsi menarik kepada pemilik peranti kedua-dua syarikat besar ini. Microsoft mengesahkan fungsi salin dan tampal (copy and paste) kini boleh dilakukan secara rentas platform di antara telefon pintar Samsung dan komputer yang menggunakan Windows 10,
Pada waktu ini ciri ini hanya disokong pada Samsung Galaxy Z Flip, Galaxy S20, Galaxy S20+ dan Galaxy S20 Ultra. Untuk menggunakannya komputer Windows 10 perlu memasang aplikasi Your Phone yang dilancarkan tahun lalu. Pengguna boleh menyalin tampal teks dan gambar secara dua hala pada peranti Android Samsung dan komputer Windows 10. Sungguhpun begitu saiz gambar dihadkan ke 1 MB sahaja pada waktu ini.
Kepada pengguna peranti Android lain, Your Phone boleh digunakan untuk memaparkan notifikasi, membaca mesej dan melihat kandungan peranti terus dari Windows 10. Di masa hadapan Microsoft akan membenarkan pula panggilan telefon dilakukan menerusi Your Phone.
Your Phone Kini Menyokong Ciri “Salin Dan Tampal” Rentas Platform Ke Windows 10 Pada Samsung Galaxy S20 Dan Galaxy Z Flip
I’m also commenting to let you be aware of of the cool discovery my child encountered checking your blog. She came to understand a wide variety of details, most notably how it is like to have a marvelous coaching heart to get folks easily fully grasp a variety of complicated matters. You actually did more than my desires. I appreciate you for delivering such good, dependable, edifying and also cool guidance on that topic to Evelyn.